Kelebihan ayat magik yang mampu merubah cara hidup kepada 360 darjah
dan cara membuat air magik !!! untuk kebahagian hidup
sewaktu dibandar Jakarta seorang sahabat dari sana berkata kamu mahu ngak ayat magik untuk bikin air magik ?
Aku bertanya untuk apa ?
Lantas bertanya padaku
Apakah kamu mahu sentiasa sehat ?
Apakah kamu mahu sentiasa terhindar dari kecelaruan?
Apakah kamu mahu sentiasa barokah dalam pencarianmu
Apakah kamu mahu dihormati sebagai pemimpin yang baik ?
Apakah mahu bahagia sentiasa ?
Apakah kamu hilangkan kesedihan dalam waktu yang singkat ?
jawab aku ya pasti mau lah...
katanya "nawaitu wudhuan lillahi taala" lalu usaplah air pada wajah mu
lebih mujarab saat bila tuhan menyeru (waktu solat ) menyembah kepadaNYa
sejurusnya mendengar buatku terpaku seketika lantas berkata dalam hati
kadang kadang susahnya soalan itu hendak ditafsir dan difahami tapi
jawapannya sungguh mudah sekali tapi bila melihat sahabatku itu di usia
masih muda sudah memiliki segalanya dan sentiasa senyum dan ada nur
diwajahnya lantas buat saya terfikir
begitu juga kehidupan ini
padahal kita bersusah payah melakukannya tapi tiba masa senangnya kita
meninggalkannya dengan begitu sahaja....(mati)
lalu saya
membuat sedikit bacaan tentang kelebihan wuduk dari sudut sains dan
kebaikannya secara ilmu saintifik kerana jarang kita dengar
Apakah hikmah berwuduk di sudut sains dan perubatan ? Perkara ini amat
menarik untuk dikaji agar ia menimbulkan keyakinan kita terhadap amalan
yang kita lakukan hampir setiap masa dan hari.
Menurut kajian Dr
Magomedov, pembantu kepada Lembaga Hygiene and Ecology (Kesihatan Umum
dan Ekologi) di Daghestan State Medical Academy, dalam artikel Muslim
Rituals and Their Effect the Person Health, wuduk menurutnya dapat
merangsang aura tubuh secara semula jadi. Menurutnya rangsangan ini
muncul pada seluruh tubuh, khususnya kawasan yang disebut Biological
Active Spots (BASes) atau titik aktif biologi. BASes hamper sama dengan
titik-titik refleksiologi ala Cina. Biasanya bagi memberikan kesan
urutan itu, perlu tekanan atau tusukan jarum.Atau BASes boleh dirasai
jelas saat sang isteri kesedihan dipeluk sang suami atau dicium suaminya
ini jelas dapat dirasai tekanan akan turun secara drastik oleh isteri
bilaman perkara itu terjadi.
walaupun usapan dan sapuan lembut
tetapi ia sebenarnya amat mencukupi untuk memberikan kesan kepada
Biological Actives Spots (BASes) ini. Ini kerana, walaupun terdapat 700
BASes ditubuh kita tetapi 65 daripadanya akan memberi kesan refleksi
yang cepat. Tempat ini dikenal sebagai drastic spot. Menurutnya lagi,
kesan sapuan muka yang didalam perubatan moden dipanggil sebagai
hidromassage akan memberi kesan positif pada ginjal dan system saraf
ataupun pada organ genital. Disamping itu, wuduk juga berkesan mencegah
daripada masuknya kuman penyakit melalui kulit.
Sedarkan anda
dengan hanya berwuduk sahaja memadai membuatkan kulit wajah kita sihat
tapi dikalangan wanita sanggup berhabis ribuan ringgit bagi menjaga
wajah mereka sedangkan petua dan keadah yang dari yang menciptanya sudah
diberitahu beribu tahun yang lepasa namun masih ada yang kurang yakin
dengan berwuduk saya mengenali beberapa wanita yang berkerja dibutik
pakaian giorgio armani begitu bersih dan lembut wajahnya padahal mereka
itu bukan beragama islam bila ditanya "hey mariam she face look like sun
after rain what do yo do ? oh i'm just make a ablution three times
daily just do that thing coz i'm didnt like to spend so much for
cosmetic cuz you know that my salary not so so...hehe... anda lihat
bagaimana banyaknya kelebihan yang wuduk secara saintifk untuk
kesejahteraan wajah anda so buat suami suami yang nak cut budget suruh
isteri anda berwuduk je 24 jam hehe just joke!
Melalui berwuduk
kita menyapu permukan tujuh bahagian anggota tubuh kita yang tidak
dilindungi oleh pakaian secara minimum sebanyak 15 kali dengan air
bersih. Ini juga anggota tubuh yang paling banyak terdedah kepada dunia
luar. Oleh itu, kulit mempunyai paling banyak populasi mikroorganisma.
Berwuduk bertindak mengurangkan mikroorganisma serta menurunkan risiko
kewujudan bakteria di dalam tubuh kita. Dalam kajian yang lain,
dibuktikan bahawa berwuduk membantu proses regenerasi kulit, iaitu
pengantian sel-sel lama dan baru. Kesetabilan kulit ditentukan oleh
nilai pH iaitu keasidan dan kelembaban kulit. Bersuci adalah salah satu
cara menjaga kesetabilan itu khususnya kelembaban kulit. Kulit yang
terlalu kering juga merbahaya bagi kesihatan kulit. Ini memudahkan ianya
dijangkiti kuman.
Seterusnya melalui amalan berkumur ketika
berwuduk juga akan menjaga aspek kesihatan kita. Berkumur akan
melindungi mulut dan tekak daripada inflamasi dan membersihkan gigi dan
sisa makanan. Terdapat tidak kurang daripada 100 juta bacteria per
milimeter dalam sampel biasa permukaan gigi ataupun kelenjar ludah
manusia normal yang sihat. Dengan berkumur ketika berwuduk dapat
membersihkan mulut dan seterusnya dapat mencegah risiko jangkitan
penyakit. Seterusnya amalan Istinsyaq ataupun menghirup air kedalam
hidung adalah perbuatan yang mungkin tidak pernah dilakukan oleh
seseorang melainkan ketika berwuduk. Menurut pakar bedah tumur Dr Bahar
Azwar, apabila terdapat tumur yang tersembunyi di dalam hidung aliran
air ke dalam hidung yang menyapu bahagian nasopharyng merangsang
pendarahan pada tumur itu.
Begitu juga melalui istinsyaq kita
berupaya membersihkan selaput lender hidung yang mungkin kontiminasi
oleh udara kotor dan kuman. Ini kerana hidung adalah organ terbuka dan
di dalam rongga hidung juga mungkin terdapat kuman-kuman. Satu ketika
dahulu apabila penyakit SARS merebak ke seluruh Asia termasuk Malaysia
ia merebak melalui titisan air yang keluar di udara semasa penghidapnya
bersin ataupun batuk. Melalui istinsyaq ia akan dapat mencegah jangkitan
spt SARS diperingkat awal lagi. Di sini jelas bahawa amalan berwuduk
membawa faedah yang banyak. Ia memberikan pengamalnya faedah di dunia
dan juga akhirat. Bukti sains menjelaskan kepada kita kebenaran ajaran
Rasulullah S.A.W. Marilah kita beramal dan melazimkan diri sentiasa
dalam keadaan berwuduk bukan sahaja ketika untuk mendirikan solat
semata-mata tetapi sedaya upayalah sentiasa kekal dalam keadaan wuduk
p/s : saya bila nak meeting urusan besar saya akan kekalkan wuduk bagi
mengoptimunkan tahap perjalanan darah dan agar sentiasa dalam keadaan
positive,Buat yang belum kahwin yang selalu dating amalkan sentiasa
mengekal wuduk agar terhindar dari perkara yang tidak sepatutnya haha
No comments:
Post a Comment