✎ Matahari tak cukup indah
"Hidup bukannya selalu seperti apa yang kita jangkakan kerana walaupun kita berusaha untuk mencapai apa yang diinginkan"
✔ Ini bagi menjadikan kita sesorang yang matang dalam hidup yang tidak hanya bergantung kepada manusia bahkan sentiasa mengharap dariNYA
========================================================================
✎ Pada pagi yang suram ini
"Kadang-Kadang kita sendiri yang menjadi punca sesuatu musibah atau ujian dan kehidupan kita adalah apa yang kita fikirkan"
✔ Sentiasalah positif jika menghadapi walaupun apa jua ujian dan itu adalah tarbiah darinya
========================================================================
✎ Malam ku resah kerana
"Orang yang memiliki fikiran negatif akan selalu mempunyai jiwa dan rohani yang tipis sedangkan nikmat yang diberikan adalah mencukupi apa keperluannya'
✔ Sentiasa bersyukurlah dalam apa jua ketetapan oleh yang maha pencipta
========================================================================
✎ Malam mungkin kelam
"Kehidupan yang kita lalui tiada seorang pun yang mampu memberi jaminan terhadap kita'
✔ Oleh itu sendiri berharap dan memohon dariNYA kerana dialah yang menentukan segalanya dan bukannya manusia !
========================================================================
✎ Bumi indah cinta punah
"Tak kala kita memperolehi apa yang dicapai ,terkadang kita lupa apa yang harus dipelihara sehingga kita memusnahkan segalanya yang tak sepatutnya"
✔ Sifat manusia yang rakus terhadap kebendaan sehinggakan melupakan kewajipannya sebagai seorang manusia
========================================================================
✎ Bintang bintang tumpang berduka
"Kadang kala perbuatan kita orang lain yang terpaksa dan menerima apa yang tak sepatutnya"
✔ Sentiasa fikirkan orang lain tak kala melakukan apa jua perkara dan sentiasalah jujur dan ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara kerana pembohongan tidak menyelesaikan masalah
========================================================================
✎ Meratapi nasib Kenapa hari ini
"Kita yang sentiasa menjemuh tarbiah dariNYA dan mempertikaikan segala ketentuan dariNYA sedangkan setiap sesuatu perkara itu adalah berpunca dari diri sendiri"
✔ Ingatlah bahawa tiada apa yang diberi olehNYA diluar kemampuan kita kerana dia lebih tahu siapa diri kita kerna dia yang mencipta kita.
========================================================================
✎ Matahari bangunlah
"Sedarlah kamu dari angan keduniaan dan sedarilah bahawa kita harus bangkit mengukuhkan ukhwah islam sesama kita"
✔ Buka lah minda bangunlah dari takuk pemikiran yang sentiasa menunding kelemahan orang ,Bangunlah kita sedarilah ini bukan masa untuk menunding jari ini adalah masa untuk kita bersatu.
========================================================================
✎ Indahkan hari ini
"Perbaikilah iman dan pemikiran dan dicemari taraf dunia yang moden serba menipu dan membutakan mata hari indahkan taman hati dengan istigfar"
✔ senang sentiasa memperbaiki kelemahan diri dan bukannya mencari dan menunding kelemahan orang.
========================================================================
✎ Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami
"Kita harus kembali kuatkan ukhwah yang selama ini telah robohkan,untuk menggapai impian keredhaan dariNYA"
✔ Tak semua yang punah itu kekal punah,Tak semua nya yang hilang terus tiada berganti maka bangkitlah walaupun dilembah hitam sekali pun pernah kita jatuh.
========================================================================
✎ Matahari bangkitlah
[xxxxxxxxxxxxxxxxx]
✎ Indahkan hari ini
[xxxxxxxxxxxxxxxxx]
========================================================================
✎ Engkau perlu hidupkan semula cinta kami
"Kita harus mempertahankan hak dan cinta kita kepada DIA,jangan leka diulik cinta palsu yang menyesatkan kamu ke lembah hitam"
✔ Suburkan kembali cinta padaNYA yang selama ini,telah pun kita saluti dengan dedebu yang kotor.
========================================================================
✎ Lupakan kisah
✎ Kisah yang terjadi
✎ Mengharap sinar
✎ Sinaran darimu
✎ Matahari bangunlah
✎ Indahkan hari ini
✎ Bagi kami terus melayari hidup kami
frasa terakhir sudah jelas maksud nya dan tiada yang tersirat lagi :P
-Ahmad Rijal Shaari-
[Yang pasti itu Mati]
No comments:
Post a Comment