click here for info

Monday, January 5, 2015

4 TIPS SEBELUM MENGUMPUL EMAS UNTUK PELABURAN:


Tips ini sebagai panduan supaya anda tidak tersalah beli atau beli secara bijak
1) PASTIKAN JENAMA EMAS ANDA.
Banyak kedai barang kemas menjual emas. Syarikat emas pun tumbuh bagai cendawan.
Persoalannya, emas yang mana yang terbaik?
Pastikan emas yang anda pilih diterima baik di dalam Malaysia, mahu pun di luar Malaysia.
Maksudnya, kalau kita pergi ke persada antarabangsa sekalipun, emas itu diterima untuk di tunaikan.
Bayangkan, satu hari nanti Malaysia akan bergolak dan kita semua terpaksa berhijrah ke luar negara. (mohon dijauhkan, ini hanya sebagai contoh sebagai memudah faham)
Bayangkan di luar negara, RM sudah tiada nilai, hanya emas ada nilai.
Kalau kita bawa bersama emas yang diterima di peringkat antarabangsa iaitu ‘internationally recognized’, maka lebih banyak tunai kita akan dapat sekiranya kita jual emas tersebut di luar negara berbanding emas yang hanya ‘local recognized’.
pelaburan emas terbaik
Salah satu emas yang ‘internationally recognized’
Sebagai contoh, jika kita beli emas dari Habib Jewel, kita akan dapat pulangan maksima hanya jika kita jual semula kepada Habib Jewel.
Tapi bila kita nak jual emas yang kita beli dari Habib Jewel kepada ejen Public Gold, kemungkinan besar harga jual kepada Public Gold adalah lebih rendah.
Begitu juga dengan emas dari Public Gold.
Jadi pastikan emas anda emas yang jual dimana-mana atau kepada mana-mana kedai atau ejen atau negara sekalipun, anda tetap akan dapat pulangan yang maksima.
2) BELI EMAS YANG BUKAN UNTUK DIPAKAI
Emas yang kita beli sebagai rantai, gelang, cincin- pendek kata sebagai perhiasan dan dipakai, nilainya akan susut.
Bila kita nak tunaikan, ia akan menyusut lebih banyak berbanding emas jongkong.
3) BELI EMAS DALAM KADAR SEDIKIT SEDIKIT
Ia lebih menguntungkan bila kita untuk tunaikan kelak.
Emas yang besar, kalau sekali kita tunaikan, dah tak dapat nak simpan lagi sebagai emas melainkan beli jongkong baru pada harga yang lebih tinggi berbanding harga yang kita beli 10 tahun lepas.
Sebagai contoh
Sebagai contoh, tahun 2010 kita beli emas 20 kg dengan harga RM 10 (contoh sahaja ya)
Tahun 2014, emas 20 kg naik harga RM 100
Bayangkan kalau kita beli 20 kg segedebuk, kemudian nak tunaikan hanya nilai 1 kg.
Tapi oleh kerana emas tak boleh dipotong-potong, kita terpaksa tunaikan semua satu jongkong 20 kg dan beli semula emas 19 kg dengan harga baru.
Dah satu kerugian di situ.
4) PASTIKAN EMAS FIZIKAL
Fizikal bermaksud benda yang ada dan kita boleh pegang.
Elakkan beli emas dan hanya simpan sijil. Sebaiknya beli, tengok dan simpan di peti simpanan.
Ini penting untuk persediaan, sekiranya darurat, kita nak keluarkan emas dari pihak bank, kemungkinan besar pihak bank sedang jatuh dan menggunakan emas kita untuk melabur di mana-mana tempat untuk atasi kejatuhan, dan kita tak dapat nak keluarkan emas kita

No comments:

Post a Comment