click here for info

Monday, January 5, 2015

PERKARA ASAS EMAS


PERSOALAN ASAS EMAS YANG JARANG DITANYA
1.
SOALAN : Macam mana nak jaga emas kena cuci ke ke ? ke letak dalam peti ais ke ?
JAWAPAN
Emas tidak berkarat, luntur atau kotor. Ini bermakna anda tidak
perlu membasuhnya, mengelapnya ataupun mencucinya.
Namun, anda digalakkan menyimpannya dalam tiub
original, bekas atau bungkusan plastik bagi mengelakkannya
tercalar. Calar itu tidak akan memberi kesan kepada nilai emas
itu tetapi ia mungkin memberi kesan kepada harga jualan semula
memandangkan kebanyakan penjual menghendaki emas itu
kekal dalam keadaan asalnya yang sempurna
2.
SOALAN : Kalau saya beli 80KG nak kena report kat bank negara atau sape sape ke ?
JAWAPAN
Anda tidak perlu melaporkan kepada sesiapa atau mana-mana
jabatan apabila anda membeli atau menjual emas
P/S: cuma bagi tau kt diri sendir tu jangan lupa simpan kat mana bila dah beli tu ..
3.
SOALAN : Berapa lori emas yang boleh saya simpan ada limit ke ?
jawapan
Tidak, anda boleh membeli dan memiliki sebanyak mana emas
yang anda inginkan. Tidak ada kadar maksimum
p/s: lepas ni korang boleh ler gali tanah lebih dalam lagi untuk simpan emas saya syor 3kaki lebar 7 kaki dalam..kalau tak cukup tak tau ler...
4.
Soalan : kalau saya beli 99KG emas kat mana yer nak jual balik kalau tgh POKAI ?
Jawapan:
pertama ialah anda boleh menjualnya di mana-mana di
dunia ini.
Jawapan yang lebih baik ialah tempat yang sama di mana anda
membelinya. Anda akan melalui kurang kerenah di sana.
Ini menjelaskan kenapa anda patut membeli emas dalam
bentuk yang paling diterima ramai kerana ia mempunyai
pasaran yang paling luas daripada syarikat-syarikat yang
besar kerana peluang untuk mereka tutup kedai adalah
rendah.
Syarikat yang lain mungkin akan membeli emas yang anda beli
dari tempat lain tetapi mereka biasanya akan mengenakan caj
yang tinggi. Ini mungkin setinggi 25 peratus atau lebih daripada
harganya.
P/S : Pesananan saya jangan jual pada acai atau mat gian ....
5.
Soalan : Adakah saya perlu membayar cukai ke atas keuntungan
jualan emas?
Tiada cukai ke atas keuntungan jualan di Malaysia (kecuali
untuk hartanah). Jadi, ini bermaksud anda boleh menyimpan
semua keuntungan anda!
p/s: Zakat korang jangan buat dek je tak bayar! buat malu ler tak bayar zakat  tk de class ler
6.
Soalan : Kenapakah logam lain dicampurkan dengan emas?
Emas tulen adalah lembut jadi logam lain seperti perak dan
tembaga selalunya ditambah bagi menjadikannya lebih keras
dan tahan lasak. Ini khusus sekiranya emas itu digunakan untuk
perdagangan. Segala pengendalian itu akan merosakkan emas,
jadi akan menjatuhkan nilainya. Ini juga menjelaskan kenapa
kebanyakan barangan kemas adalah dalam bentuk 18 atau 22
karat.
p/s: Macam mana nak buat baby ? perlu bercampurkan laki dan wanita so mcm tu jugaklah dengan emas...erghh tension dengan sorang mamat ni duk pertikai kenapa emas kena campur ngan logam ! adehh sakit jiwa den
7.
Soalan : Apakah itu emas putih?
jawapan
Emas putih ialah emas 18 karat, yang bermaksud ia dibuat
daripada 75 peratus emas dan 25 peratus logam lain. Logam
itu menjadi putih kerana ia disalut dengan rodium (logam yang
keras, bersinar dan berwarna putih).
p/s: Ada yang cakap pada saya kenapa eh emas putih murah sepatutnya dia orang ni buat emas putih tu mahal sebab semua orang suka warna putih...saya cakap balik dekat dia weii ko suka tak kalau aku nengok muka ko dengan semua mata putih aku ni ! diam bukak kasut dan larikan diri ! adehhh
8.
soalan : Apakah itu bulion?
Bulion bermaksud satu logam berharga yang disiapkan dan
mempunyai berat tertentu. Jadi, jongkong emas dan syiling emas
adalah kedua-duanya bullion
p/s: faham sendiri lah tak faham pm cepat ,saya tengah goreng telur dadar ni ! kang hangus !!!

No comments:

Post a Comment