click here for info

Monday, January 5, 2015

TAHUKAH ANDA KUANTITI EMAS DIDUNIA ?




Berapa banyak emas yang wujud di dunia pada hari ini?
Jawapannya mungkin mengejutkan anda. Oleh kerana emas
secara praktikalnya tahan selama-lamanya dan tidak berkarat
atau turun nilainya, dianggarkan kesemua emas yang pernah
dikeluarkan dari dunia ini masih ada di luar sana di sesuatu
tempat dan dalam sesuatu bentuk. Itu betul; semua emas yang
pernah dikeluarkan masih wujud. Jadi itu bermaksud, syiling
emas dalam tangan anda mungkin pernah dipegang oleh Firaun
pada satu masa dahulu ataupun pernah menghiasi beberapa kuil
Inca!
Adalah dianggarkan ada sejumlah 161,000 tan emas yang wujud
di dunia pada hari ini. Sekiranya semua emas itu dileburkan dan
dibentuk semula, ia akan membentuk kiub segi empat dengan
saiz berukuran 18 meter, 3 meter pendek daripada kepanjangan
satu gelanggang tenis. Atau untuk menyebutnya dalam cara lain,
ia akan memenuhi 60 treler trektor. Ia tidaklah banyak, bukan?
Pada harga $1,200 satu auns, nilainya adalah sekitar $6 trilion,
yang hanya sekitar 1 peratus daripada kumpulan aset kewangan
dunia.

p/s: kesimpulannya kadar jumlah emas didunia ini amat sedikit jadi ianya bagus untuk dijadikan simpanan anda kerana barang limited edition ini bernilai !!!!

No comments:

Post a Comment