click here for info

Tuesday, December 30, 2014

Cara membuat air MAGIK untuk bahagia

Kelebihan ayat magik yang mampu merubah cara hidup kepada 360 darjah
dan cara membuat air magik !!! untuk kebahagian hidup

sewaktu dibandar Jakarta seorang sahabat dari sana berkata kamu mahu ngak ayat magik untuk bikin air magik ?

Aku bertanya untuk apa ?

Lantas bertanya padaku

Apakah kamu mahu sentiasa sehat ?
Apakah kamu mahu sentiasa terhindar dari kecelaruan?
Apakah kamu mahu sentiasa barokah dalam pencarianmu
Apakah kamu mahu dihormati sebagai pemimpin yang baik ?
Apakah mahu bahagia sentiasa ?
Apakah kamu hilangkan kesedihan dalam waktu yang singkat ?

jawab aku ya pasti mau lah...
katanya "nawaitu wudhuan lillahi taala" lalu usaplah air pada wajah mu lebih mujarab saat bila tuhan menyeru (waktu solat ) menyembah kepadaNYa

sejurusnya mendengar buatku terpaku seketika lantas berkata dalam hati

kadang kadang susahnya soalan itu hendak ditafsir dan difahami tapi jawapannya sungguh mudah sekali tapi bila melihat sahabatku itu di usia masih muda sudah memiliki segalanya dan sentiasa senyum dan ada nur diwajahnya lantas buat saya terfikir

begitu juga kehidupan ini padahal kita bersusah payah melakukannya tapi tiba masa senangnya kita meninggalkannya dengan begitu sahaja....(mati)

lalu saya membuat sedikit bacaan tentang kelebihan wuduk dari sudut sains dan kebaikannya secara ilmu saintifik kerana jarang kita dengar

Apakah hikmah berwuduk di sudut sains dan perubatan ? Perkara ini amat menarik untuk dikaji agar ia menimbulkan keyakinan kita terhadap amalan yang kita lakukan hampir setiap masa dan hari.
Menurut kajian Dr Magomedov, pembantu kepada Lembaga Hygiene and Ecology (Kesihatan Umum dan Ekologi) di Daghestan State Medical Academy, dalam artikel Muslim Rituals and Their Effect the Person Health, wuduk menurutnya dapat merangsang aura tubuh secara semula jadi. Menurutnya rangsangan ini muncul pada seluruh tubuh, khususnya kawasan yang disebut Biological Active Spots (BASes) atau titik aktif biologi. BASes hamper sama dengan titik-titik refleksiologi ala Cina. Biasanya bagi memberikan kesan urutan itu, perlu tekanan atau tusukan jarum.Atau BASes boleh dirasai jelas saat sang isteri kesedihan dipeluk sang suami atau dicium suaminya ini jelas dapat dirasai tekanan akan turun secara drastik oleh isteri bilaman perkara itu terjadi.

walaupun usapan dan sapuan lembut tetapi ia sebenarnya amat mencukupi untuk memberikan kesan kepada Biological Actives Spots (BASes) ini. Ini kerana, walaupun terdapat 700 BASes ditubuh kita tetapi 65 daripadanya akan memberi kesan refleksi yang cepat. Tempat ini dikenal sebagai drastic spot. Menurutnya lagi, kesan sapuan muka yang didalam perubatan moden dipanggil sebagai hidromassage akan memberi kesan positif pada ginjal dan system saraf ataupun pada organ genital. Disamping itu, wuduk juga berkesan mencegah daripada masuknya kuman penyakit melalui kulit.

Sedarkan anda dengan hanya berwuduk sahaja memadai membuatkan kulit wajah kita sihat tapi dikalangan wanita sanggup berhabis ribuan ringgit bagi menjaga wajah mereka sedangkan petua dan keadah yang dari yang menciptanya sudah diberitahu beribu tahun yang lepasa namun masih ada yang kurang yakin dengan berwuduk saya mengenali beberapa wanita yang berkerja dibutik pakaian giorgio armani begitu bersih dan lembut wajahnya padahal mereka itu bukan beragama islam bila ditanya "hey mariam she face look like sun after rain what do yo do ? oh i'm just make a ablution three times daily just do that thing coz i'm didnt like to spend so much for cosmetic cuz you know that my salary not so so...hehe... anda lihat bagaimana banyaknya kelebihan yang wuduk secara saintifk untuk kesejahteraan wajah anda so buat suami suami yang nak cut budget suruh isteri anda berwuduk je 24 jam hehe just joke!

Melalui berwuduk kita menyapu permukan tujuh bahagian anggota tubuh kita yang tidak dilindungi oleh pakaian secara minimum sebanyak 15 kali dengan air bersih. Ini juga anggota tubuh yang paling banyak terdedah kepada dunia luar. Oleh itu, kulit mempunyai paling banyak populasi mikroorganisma. Berwuduk bertindak mengurangkan mikroorganisma serta menurunkan risiko kewujudan bakteria di dalam tubuh kita. Dalam kajian yang lain, dibuktikan bahawa berwuduk membantu proses regenerasi kulit, iaitu pengantian sel-sel lama dan baru. Kesetabilan kulit ditentukan oleh nilai pH iaitu keasidan dan kelembaban kulit. Bersuci adalah salah satu cara menjaga kesetabilan itu khususnya kelembaban kulit. Kulit yang terlalu kering juga merbahaya bagi kesihatan kulit. Ini memudahkan ianya dijangkiti kuman.

Seterusnya melalui amalan berkumur ketika berwuduk juga akan menjaga aspek kesihatan kita. Berkumur akan melindungi mulut dan tekak daripada inflamasi dan membersihkan gigi dan sisa makanan. Terdapat tidak kurang daripada 100 juta bacteria per milimeter dalam sampel biasa permukaan gigi ataupun kelenjar ludah manusia normal yang sihat. Dengan berkumur ketika berwuduk dapat membersihkan mulut dan seterusnya dapat mencegah risiko jangkitan penyakit. Seterusnya amalan Istinsyaq ataupun menghirup air kedalam hidung adalah perbuatan yang mungkin tidak pernah dilakukan oleh seseorang melainkan ketika berwuduk. Menurut pakar bedah tumur Dr Bahar Azwar, apabila terdapat tumur yang tersembunyi di dalam hidung aliran air ke dalam hidung yang menyapu bahagian nasopharyng merangsang pendarahan pada tumur itu.

Begitu juga melalui istinsyaq kita berupaya membersihkan selaput lender hidung yang mungkin kontiminasi oleh udara kotor dan kuman. Ini kerana hidung adalah organ terbuka dan di dalam rongga hidung juga mungkin terdapat kuman-kuman. Satu ketika dahulu apabila penyakit SARS merebak ke seluruh Asia termasuk Malaysia ia merebak melalui titisan air yang keluar di udara semasa penghidapnya bersin ataupun batuk. Melalui istinsyaq ia akan dapat mencegah jangkitan spt SARS diperingkat awal lagi. Di sini jelas bahawa amalan berwuduk membawa faedah yang banyak. Ia memberikan pengamalnya faedah di dunia dan juga akhirat. Bukti sains menjelaskan kepada kita kebenaran ajaran Rasulullah S.A.W. Marilah kita beramal dan melazimkan diri sentiasa dalam keadaan berwuduk bukan sahaja ketika untuk mendirikan solat semata-mata tetapi sedaya upayalah sentiasa kekal dalam keadaan wuduk

p/s : saya bila nak meeting urusan besar saya akan kekalkan wuduk bagi mengoptimunkan tahap perjalanan darah dan agar sentiasa dalam keadaan positive,Buat yang belum kahwin yang selalu dating amalkan sentiasa mengekal wuduk agar terhindar dari perkara yang tidak sepatutnya haha

No comments:

Post a Comment