click here for info

Tuesday, December 30, 2014

Perubatan Sunnah bagi penyakit kronik


KITA SAKIT BERPUNCA DARI PEMAKANAN DAN SAYA SIHAT SEBAB BUANG DARAH KOTOR ???

Apakah keadahnya ? sebelum itu bagi anda yang mempunyai masalah kerap sakit kepala dan mempunyai penyakit kronik atau pun asma mungkin artikel ini membantu anda baiklah setelah beberapa kali berbekam, saya dapati perubahan yang ketara pada diri. Paling ketara ialah tubuh akan rasa lebih ringan dan tidur juga semakin senang dan tenang. Syukur kepada Allah, kerana info atau maklumat mengenai berbekam termasuklah kebaikannya turut disiarkan dalam akhbar Sinar Harian pada minggu lepas. Jadi untuk entry kali ini, saya sekadar ingin melebar luaskan info tersebut. Dan pada mula saya melakukan rawatan bekam pelbagai persepsi negatif bermain difikiran tetapi setelah diberi penerangan yang padat oleh therapist saya menjadi yakin untuk melakukannya

KAEDAH rawatan bekam, yang wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun, semakin diyakini terutama di negara-negara Islam sebagai kaedah perubatan yang dikatakan dapat membantu menyembuhkan penyakit terutama yang kronik.

Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat.

Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.

Di Malaysia, walaupun rawatan bekam semakin meluas terutama di pusat-pusat rawatan bekam dan pusat rawatan kecantikan, namun masih terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk mengamalkannya.

Keadaan ini timbul berikutan terdapat kekeliruan daripada andaian-andaian negatif antaranya perempuan tidak perlu berbekam kerana akan mempercepatkan proses menopaus, berbekam akan menyebabkan darah bertambah kurang, ketagihan untuk berterusan melakukan bekam selain tidak yakin kaedah itu mampu menyembuhkan penyakit terutama penyakit-penyakit kronik.

dan kurang artikel kebaikan secara saintifik Toksin punca penyakit?

Daripada kajian-kajian perubatan, penyakit yang singgah dalam tubuh individu itu berpunca daripada toksin. Ia diumpamakan seperti sampah yang menyebabkan tiga pembuluh darah iaitu ateri, vena dan kapilari menjadi sempit dan lemah hingga tidak mampu menjalankan tugasnya dengan sempurna.

Ketiga-tiga pembuluh darah ini jika disambungkan akan menjadi sepanjang 96 kilometer

apabila darah tidak dapat mengalir dengan sempurna, ia tidak dapat menghantar oksigen dan pemakanan yang diperlukan ke seluruh organ-organ tubuh.

“Apabila semakin banyak toksin dalam badan, oksigen akan bertambah kurang. Ini menyebabkan orang yang sakit akan bertambah-tambah sakit sekiranya sel-sel dalam badan tidak mendapat nutrien dan oksigen yang cukup,” katanya.

Apa yang membezakan setiap pesakit ialah tempat-tempat toksin itu berkumpul hingga menyebabkan pelbagai penyakit datang seperti gout, kencing manis, jantung, darah tinggi dan buah pinggang.

Jika toksin banyak berkumpul di kepala, sakit kepala mudah datang, akan cepat mengantuk, tumpuan akan hilang, susah untuk tidur dan pelupa hingga menyebabkan darah tinggi dan akhirnya strok. “

Cara untuk membuang toksin ini dengan cara membuang darah kotor yang terkumpul. Semakin banyak darah kotor yang dibuang semakin lancar dan bersih darah yang tinggal dan penghantaran oksigen dan pemakanan dalam tubuh akan berjalan lancar,”

Ramai yang menyatakan toksin dalam badan diperoleh melalui pemakanan dan minuman. Ia mungkin satu daripada puncanya. Namun punca sebenar toksin terkumpul dalam tubuh kerana terganggunya sistem buah pinggang dan hati yang bertindak sebagai penapis terbaik di dunia.

Buah pinggang yang sihat bekerja sebagai penapis darah daripada segala kekotoran yang akan dikeluarkan melalui air kencing, manakala hati pula bertindak sebagai penapis bahan-bahan kimia yang masuk ke dalam tubuh badan.

Apabila seseorang itu alami penyakit kronik, fungsi hati dan buah pinggang yang akan terganggu terlebih dahulu.

“Tidak akan berlakunya penyakit kronik kepada diri individu sebelum menurunnya fungsi kedua-dua organ ini. Selama buah pinggang dan hati seseorang itu sihat, dia akan sihat,”

Bekam untuk pesakit kronik

Ada yang menyatakan bahawa pesakit kronik seperti kencing manis tidak boleh menjalani rawatan bekam kerana dibimbangi menyebabkan luka sukar untuk disembuhkan. seseorang pesakit kencing manis sukar sembuh pada luka yang terdapat di kakinya kerana kandungan gula dalam darah telah menyumbat pembuluh darah hingga menyebabkan kaki menjadi kebas, saraf tidak dapat berfungsi kerana darah tidak dapat dihantar ke kawasan itu.

Yang akan menyembuhkan luka itu ialah antibodi yang terdapat di dalam darah bersih dan apabila pengaliran darah telah tersumbat, ia tidak dapat sampai ke tempat yang luka.

“Perlu dikeluarkan toksin itu dan secara perlahan-lahan darah bersih akan mengalir ke kawasan luka, yang akan menjadi antibodi terbaik berbanding antibiotik untuk menyembuhkannya. “

Dengan berbekam akan membuka laluan-laluan darah tersebut jika dilakukan dengan betul,Untuk pesakit kronik, bekam harus dilakukan secara teratur melalui konsultasi yang betul bagi menyembuhkannya. Ia berbeza bagi setiap individu.Kepada anda yang ingin medapatkan rawatan ini saya syorkan anda pergi ke Pusat Bekam AlYakin yang berada di Residensi Bistaria Ukay Bistari, Ukay Perdana kerana pusat terapi ini rasanya telah diasaskan lebih 20 tahun yang lalu oleh Allahyarham haji ibrahim bin mohksin dan dipercayai ramai dan memiliki therapist yang mahir cawangan nya juga berada di kajang iatu Bekam Al-Yakin dan di Bekam Alyakin Melaka Bekam lain lain tempat diseluruh malaysia.Apa yang penting adalah bagi kita ialah tahap kesedaran kita dalam mengamalkan perubatan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.. dan menjaga pemakanan dan kesihatan dengan baik

p/s: saya takut untuk bekam dikepala jangan psiko lah memang tak kan buat haha...tapi dikepala merupakan point chi (seperti rajah) bagi rawatan bekam sekiranya anda inginkan kesan yang optimum


No comments:

Post a Comment