click here for info

Tuesday, December 30, 2014

Cermin Pertama Didunia

sesorang menyatakan saya CERMIN ? Tahukah anda sejarah Cermin dan kaitannya dalam ISLAM !!!


cermin yang pertama dihasilkan pada abad yang ke 10 oleh Al-Haytham dan pada abad yang ke 11 cermin kaca jernih dihasilkan di Andalus tetapi pada abad ke 16 disebuah bandar yang terkenal dengan kepakaran membuat cermin venice atau lebih dikenali sebagai ITALI ..itali terkenal dengan cara kerja yang berkualiti serta halus seperti kebanyakan sport car Lamborghini Ferary dibuat di itali..

Penciptaan Cermin adalah ilham daripada Allah Swt kepada manusia untuk melihat pantulan diri seseorang. Perbuatan mencermin diri bukanlah sekadar bagi menilai kekemasan, kebersihan, mahupun kecantikan yang ada pada diri kita tetapi juga bagi melihat siapakah diri kita yang sebenarnya. Bilakah kali terakhir kita membuat proses penyemakan semula diri kita? Cermin diri menurut Islam, bukan sahaja secara zahir atau fizikal tetapi juga bagi melakukan muhasabah atau menghisab diri. Cermin digunakan untuk melihat menerusi pandangan hati dan keimanan kita dengan penuh kejujuran, tulus dan keikhlasan.

Mengenal diri atau muhasabah diri meliputi kelebihan, kekuatan, potensi, kekurangan, kelemahan, keaiban dan apa jua perkara berkaitan diri kita. Muhasabah adalah amalan mulia para Nabi dan Rasulullah serta para insan yang bijak sana.

Rasulullah saw juga melihat cermin. Satu Sunnah apabila melihat cermin adalah dengan niat beserta doa yg diajar oleh Rasulullah saw iaitu; “Allahumma kama hassanta khalqi, fa hassin khuluqi.” (Ya Allah sebagaimana Engkau telah mencantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku). [Hadith Ahmad dan Ibnu Hibban]

Apabila menjatuhkan pandangan ke arah cermin, Renunglah kedalam diri, apakah yang kita pandang bila meneliti diri kita. Melihat diri dari sudut zahir adalah penting bagi menjaga ketrampilan diri dengan cara memeriksa adakah pemakaian kita menurut syariat Islam, hiasan yang sederhana dan selesa dan senang di pandangan orang lain. Kecantikan wajah dan tubuh badan itu adalah subjektif pada seseorang dan ianya merupakan kurniaan Allah SWT yang maha bijaksana lagi Maha sempurna. Ianya bagaimanapun tidak kekal dan berubah mengikut masa dan umur.

Sesungguhnya rupa yang Allah kurniakan buat seseorang hambaNya adalah yang terbaik kerana Allah itu Maha Bijaksana yang menciptakan manusia itu dengan penuh kesempurnaan. Bersyukurlah dengan apa jua yang dianugerahkan oleh Yang Maha Sempurna. Bukan rupa paras yang menjadi nilaian Allah swt tetapi hati yang ikhlas dan suci dan taqwa itulah yang dilihat dan dinilai. Sebagaimana Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda (di dalam hadith riwayat Imam Muslim daripada Abi Hurairah Radhiallahu ‘anhu):

Sesungguhnya Allah tidak melihat (menilai) kepada tubuh badan kamu, juga tidak kepada rupa paras kamu tetapi Allah melihat (menilai) kepada hati kamu.
Syukur pula dizahirkan dengan menggunakan nikmat kurniaan Allah, bagi tujuan ketaatan kepada Allah s.w.t. dan berwaspada dari menggunakan anggota badan bagi tujuan kemaksiatan kepada-Nya. Justeru apabila kita melihat diri didalam cermin berpadalah dengan menilai ketrampilan menurut seperti yang disebutkan tadi.

Apa yang lebih penting apabila merenung didalam cermin adalah apakah wajah dan ketrampilan yang cantik itu diiringi dengan akhlaq yang baik, hati yang bersih dan amal yang bermanfaat. Elakkan hanya mencari keburukan atau kecacatan zahir tetapi belajarlah untuk mendidik diri menilai kelemahan yang ada pada diri dan berusaha untuk memperbaiki dan berubah.

Antara kelemahan yang perlu diberi perhatian dalam diri seseorang adalah mungkinkah hati terlepas dari sifat suka bersangka buruk, dengki dan iri hati, tamak, bercakap perkara sia-sia dan mencari apa yang masih belum sempurna sebagai seorang muslim yang baik.

Renunglah adakah sifat kita, akhlaq kita menunjukkan sifat-sifat positif dan baik yang boleh menjadi contoh kepada orang lain. Seperti sentiasa bermanis muka bila dipandang orang, menjaga syariat, ikhlas dalam perbuatan, bercakap hanya yang membawa kebaikan dan berfaedah, bersabar menghadapi ujian dan semua sifat yang membawa kepada cinta Allah.

Selain berusaha memperbaiki diri, apabila melihat cermin, mohonlah moga Allah swt mengekalkan keindahan ciptaan Allah dan kebaikan yang ada pada diri kita.Seseorang insan itu perlu sentiasa sedar bahawasnya setiap kebaikan yang ada pada diri kita hanyalah kerana Allah swt memberi hidayah dan rahmat buat kita dan kita perlu sentiasa berusaha untuk mengekalkan kebaikan yang ada. Yang penting adalah bukan semata-mata bagaimana sifat kita hari ini tetapi adakah kita akan berjaya mengekalkannya hingga akhir hayat.

Notakaki : Andai bidang pengurusan perniagaan mengajar kita mengurus sebuah perniagaan dengan baik, perlunya juga kita belajar bidang pengurusan hati agar ia dapat diurus dengan baik berpandukan iman dalam diri.Perkara yang jarang saya tengok adalah CERMIN mungkin perlu sentiasa melihat cerminan hati untuk menjadi yang lebih baik ,jangan melihat sang sempurna kerna sang sempurna hadir bersalut sang kekurangan....

No comments:

Post a Comment