click here for info

Tuesday, December 30, 2014

Orang pertama didunia hisap rokok


Siapakah orang pertama yang menghisap rokok Dunhill ?

Apakah tujuan merokok pada awal penciptaannya ?

Perkara Besar yang Dikecilkan dan dibutakan mata hati

Manusia di dunia yang merokok untuk pertama kalinya adalah suku bangsa Indian di amerika, untuk keperluan ritual seperti memuja dewa atau roh.
Pada abad 16, Ketika bangsa Eropa menemukan benua Amerika, sebagian dari para penjelajah Eropa itu ikut mencuba-cuba menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropa.
Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropa.

Tapi berbeza dengan bangsa Indian yang merokok untuk keperluan ritual, di Eropa orang merokok hanya untuk kesenangan semata-mata.

Pada Abad 17 para pedagang Spanyol masuk ke Turki dan saat itu kebiasaan merokok mulai masuk negara-negara Islam.

Tembakau ditanam di Mexico dan Amerika Tengah pada kurun ke-9. Asap tembakau disedup melalui penyedut yang berbentuk tiub oleh Kaum Maya dan Aztec, iaitu untuk upacara keagamaan dan perubatan. Ini dikatakan antara rokok pertama di dunia. Tembakau ditanam secara besar-besaran di amerika pada kurun ke-17 untuk tujuan komersial dan sebelum kertas pembalut tercipta pada, tembakau dibalut dengan helaian daun menggunakan tangan.

Ketika perang yang melibatkan negara Jerman, doktor disana mengenalpasti kaitan antara merokok dan kanser paru-paru. Pada 1964, ketua doktor di amerika menulis satu laporan tentang bahaya menghisap rokok iaitu kandungan nikotin dan tar dalam rokok menyebabkan kanser paru-paru. Kemudian pada tahun berikutnya, pihak berkuasa mengeluarkan arahan supaya setiap pek rokok mesti mengandungi amaran tertulis “Cigarettes may be hazardous to your health.” Pada tahun 80-an, syarikat rokok memperkenalkan rokok rendah tar dan nikotin untuk mengembalikan keyakinan perokok supaya terus merokok dan memilih produk mereka. Tetapi pada masa yang sama, kerajaan tempatan, syarikat swasta dan pihak lain mula mengambil langkah menghadkan kawasan merokok di tempat-tempat awam. Syarikat rokok juga tidak dibenarkan mengiklankan rokok di TV dan radio serta cukai terhadap rokok juga dinaikkan.

Kini syarikat-syarikat rokok memiliki ladang tembakau di Afrika, Brazil, Paraguay, India, Pakistan, Filipina dan Greece. 50% dari jualan syarikat rokok amerika di negara-negara Asia seperti Thailand, Malaysia, Filipina dan Taiwan. Manakala 30% jualan di Eropah dan Timur Tengah. Keadaan ini berlaku disebabkan pelbagai tekanan yang dikenakan ke atas syarikat untuk jual rokok di negara sendiri.

Dan Habib Umar Bercerita :
TAK JUMPA NABI KARENA ROKOK

Diceritakan oleh Alhabib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidzh bin Syaikh Abubakar :
Kira-kira sekitar 40tahun yang lalu ada seorang Syaikh yang
istiqamah di masjid nabawi, istiqamah berziarah ke Nabi
Muhammad Shalallahu Alayhi Wassalam
Suatu ketika beliau tertidur dan bermimpi bertemu Rasulullah
Shalallahu Alayhi Wassalam sedang mondar-mandir dari pusara
beliau ke raudhah, sehingga bingung Syaikh tersebut dan
bertanya kepada Rasulullah:
“kenapa engkau mondar-mandir ya Rasulullah dari pusaramu ke
raudhah?”
lalu sang Nabi yang mulia Rasulullah Shalallahu Alayhi Wassalam menjawab:
“aku ingin menjumpai salah satu cucuku yang sedang
shalawat kepadaku di raudhah namun aku tidak dapat menjumpainya karena di dalam kantungnya ada rokok”
Tidak lama kemudian terbangunlah si Syaikh tersebut lalu
dilihatnya salah satu orang yang sedang duduk persis seperti
ada di dalam mimpinya, lalu Syaikh tersebut mendatangi Sayyid
teesebut dan menceritakan perihal mimpinya berjumpa dengan
Rasulullah Shalallahu Alayhi Wassalam bahwasannya Rasulullah
tidak dapat menjumpainya karena di dalam kantungnya ada
rokok, mendengar itu Sayyid tersebut menangis dan membuang rokoknya dan sejak saat itu Sayyid tersebut taubat dari merokok... Wallahua’lam...

Semoga yang masih merokok diberi berhenti merokoknya dan yang tidak merokok diberi istiqamah tidak merokok...

NOTAKAKI: apakah hukum merokok jangan tanya rasanya semua sudah tahu ? pada awalnya penciptaannya adalah bagi tujuan ritual penyembahan dewa dewa ...jadi maknanya dulu kita merokok untuk apa ? dan jangan tanya kenapa susah untuk ibadah...Dulu merokok untuk booster otak gain idea idea tapi semuanya berantakan dan membazir adalah...dan bagaimana pula dengan Shisha  ? tepuk mula tanya tangan ok !

*malu tengok ustat bagi IC tapi kat mulut ada rokok ingatkan IC title muallaf...sembang api neraka dan tasauf bagi nak rak..tapi sayang..dekat mulut je ...........[blackout battery low!]

No comments:

Post a Comment