click here for info

Tuesday, December 30, 2014

Sikap Penduduk Bumi


BILA KITA LIHAT ORANG BODOH KITA RASA KITA BIJAK ?

Manusia sifatnya sentiasa menginginkan kesempurnaan didalam pelbagai keinginannya baik dari segi rupa,harta,cinta,ilmu,pangkat dan segala macam keinginan duniawi semuanya inginkan kesempurnaan terhadap apa yang di inginkan .Bila kecelaan timbul pada diri mereka atau di timbulkan dari pihak yang lain maka semuanya mula menunding jari dan memberontak akan kecelaan itu.Sebagai contoh

situasi 1

Anak gagal dan ujian lantas ibubapa mula menunding jari pada anaknya dan setengah menunding jari pada guru nya. Sedangkan kejayaan seseorang anak itu bermula dari rumah dan bermula dari cara didikan ibubapa bukanya dari didikan guru disekolah .

Situasi 2

Pekerja selalu tidak dapat menyiapakan tugasan yang diberi,Maka pihak Atasan akan menyalahkan pekerja tersebut dan memberi input (kata-kata) negatif terhadap pekerja ,Sepatutnya Pihak Atasan sentiasa menambah baik atau menyelami sistem pengurusan dan pentadbiran sumber manusia didalam sesebuah syarikat dengan sentiasa memberi input positive dan tuturan kata yang membina jati diri seorang pekerja .Bukannya dengan meruntuhkan lagi jati dirinya dengan input yang negatif inilah punca perniagaan melayu sering bermasalah.

Situasi 3

Si Suami sentiasa menyatakan kesalahan isteri dan sering membuka kelemahan isteri dengan memberi kata kata sindiran atau komplain atas kelemahan dan sikap si isteri itu tadi,Sebagai contoh isteri sering lalai dalam hal ibadah dan fokusnya hanya kepada Facebook sehari suntuk saat si suami berkerja. atau tidak menguruskan rumah tangga dengan baik dengan keadaan rumah berantakan dan anak anak tidak terurus...Salah siapa ? Malangnya suami pada hari ini lebih kepada bercerita tentang kelemahan isteri kepada kawan sekerja tidak sedarkah tindakan itu jelas sekali menunjukan bahawa anda (suami) gagal mendidik isteri anda dengan baik kepada rakan sekerja anda tanpa segan silu sedankan anda adalah seorang ketua bagi isteri dan kelemahan isteri anda adalah kelemahan anda juga.kelemahan sesebuah Ekonomi negara menjadi lemah disebabkan lemahnya ciri kepimpinan pemimpin yang mentadbir sesebuah negara itu..begitu juga dengan pentadbiran rumah tangga anda itu sendiri rosaknya ,lemahnya itu adalah berpunca dari anda sendiri bukannya dari isterinya anda..buruk baiknya isteri anda itu adalah cerminan peribadi anda sebagai seorang pemimpin.Bijaklah dalam mendidik isteri anda kerana malulah kita pada sang pencipta kerana dia meng anugrahkan insan yang lemah (wanita) untuk kita (lelaki) mendidik dan membimbingnya dengan baik tetapi kita sentiasa mengkritik dan cerca ISTERI kita sendiri ..saya tanya GENTLEMAN kah anda

Beginilah situasi yang sering terjadi didalam kehidupan kita semua sering melihat kelemahan orang lain dan menunding jari tanpa memikirkan keadah membaikinya Jika anda melihat ketidak sempurnaan seseorang Jika anda merasakan anda sempurna maka didik lah mereka itu BUKAN menunding jari dan menyalahkan mereka.

Sedangkan kita datang dari Bodoh dan bermula dari Kosong dan berakhir dengan ? kenapa mesti saling tunding menunding ? bukankah kita semua berasal dari kebodohan lantas dipenuhi ilmu kita merasakan kita PINTAR ?

Tidak PINTAR seseorang itu yang hanya tahu menilai kekurangan dan kebodohan saudara itu tetapi BUKANNYA mendidiknya !

"Masakan bisa lahirnya bayangan yang lurus elok jika datangnya dari kayu yang bengkok"

p/s: kalau anda rasa anda betul semuanya buatlah dunia sendiri dan tinggalah disana sendirian


No comments:

Post a Comment